Kajian sosio-ekonomi KADA / Mohamad Safri Ya, Asry Yusoff and Wan Zakiyatussariroh Wan Husin

Ya, Mohamad Safri and Yusoff, Asry and Wan Husin, Wan Zakiyatussariroh (2006) Kajian sosio-ekonomi KADA / Mohamad Safri Ya, Asry Yusoff and Wan Zakiyatussariroh Wan Husin. [Research Reports] (Unpublished)
Abstract

Sektor pertanian telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia dalam era selepas merdeka dengan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sebanyak 46 peratus pada tahun 1957. Aktiviti ekonomi penduduk negara pada masa tersebut lebih tertumpu kepada kegiatan pertanian dan perlombongan. Selepas sepuluh tahun kemerdekaan, bilangan pekerja yang menceburi sektor ini pada tahun 1966 adalah 80.3 peratus daripada jumlah tenaga buruh (Sofian Mohd. Salleh, 2005). Sebagai salah satu tanaman yang menyumbang kepada keperluan asas, padi merupakan makanan asasi lebih daripada setengah penduduk di dunia. Kebanyakan mereka tinggal di negara kurang membangun. Untuk mempastikan keperluan makanan dunia ini mencukupi, kapasiti pengeluaran beras perlulah ditingkatkan sebanyak 70 peratus supaya ianya dapat menampung pertambahan penduduk di dunia menjelang tahun 2025 (Riveros, 1994). Di Malaysia, pengeluaran semasa padi hanya mencapai kira-kira 72 peratus daripada permintaan negara (MOA, 2005). lni bermakna, Malaysia telah mengimport lebih kurang 30 peratus keperluan beras yang berjumlah 700, 000 tan metrik setiap tahun dari negeri Thailand dan Vietnam. Kebergantungan yang begitu tinggi kepada beras import ini boleh mengundang masalah sekiranya negara-negara pengeksport gagal memenuhi permintaan kita. Selain itu, laporan Kementerian Pertanian (2005) pula menyatakan kadar pendapatan bagi petani-petani di negeri jelapang padi di Semenanjung Malaysia adalah rendah iaitu pada purata RM731 sebulan, hanya RM71 di atas paras kemiskinan ditetapkan oleh kerajaan. Pendapatan garis kemiskinan pada tahun 2004 di Semenanjung Malaysia ialah RM660 (EPU, 2005). Dalam konteks ini, fakta-fakta seperti modal, bantuan kerajaan, tahap pendidikan dan keluasan tanah sawah perlu diteliti dan dianalisa agar maklumat ini dapat membantu

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 105497.pdf]
Text
105497.pdf
Download (244kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | Kampus Machang, Kelantan
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics