Teks ucapan penutup sempena program Bengkel dan Pertandingan Doktor Muda Peringkat Seberang Perai Utara / Amir Heberd Abdullah

Abdullah, Amir Heberd (2022) Teks ucapan penutup sempena program Bengkel dan Pertandingan Doktor Muda Peringkat Seberang Perai Utara / Amir Heberd Abdullah. In: Program Bengkel Dan Pertandingan Doktor Muda Peringkat Seberang Perai Utara, 30 November 2022, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTMCPP Kampus Bertam,. (Unpublished)
Abstract

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
Salam Keluarga Malaysia
Salam Keluarga UiTM

1. Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas sifat Rahman dan Rahim-Nya jua, kita semua dikurniakan nikmat kesihatan dan kelapangan waktu untuk bersama-sama dalam Majlis Penutup Bengkel dan Pertandingan Doktor Muda Peringkat Daerah Seberang Perai Utara.

2. Pertamanya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berusaha Puan Rafizah Binti Abd Rahman Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Bertam Perdana di atas penganjuran bersama Program Bengkel dan Pertandingan Doktor Muda dengan Perpustakaan Tun Abdul Razak, Program Fisioterapi dan Program Kejururawatan Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam.

3. Tidak dilupakan juga para pelajar dan guru-guru yang bersama kita pada hari ini iaitu dari Sek. Keb. Lahar Yooi, Sek. Keb. Sungai Dua, Sek. Keb. Bagan Jermal dan Sek. Keb. Permatang Janggus yang turut hadir memeriahkan acara penutup pada hari ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 105428.pdf]
Text
105428.pdf
Download (137kB)
Indexing & Metrics