Kajian isu dan masalah pembangunan tanah wakaf di Bandar Melaka / Yusni Jalil

Jalil, Yusni (1998) Kajian isu dan masalah pembangunan tanah wakaf di Bandar Melaka / Yusni Jalil. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Tanah sebenarnya merupakan satu elemen penting di dalam pembangunan terutama sekali tanah-tanah di bandar. Dalam pada itu tanah-tanah yang ada di bandar semakin berkurangan disebabkan pembangunan pesat bagalkan cendawan tumbuh selepas hujan. Di dalam konteks ini banyak tanah-tanah diambil untuk dijadikan pembangunan. Pembangunan ke atas tanah-tanah tersebut dilakukan semaksimum yang boleh agar keuntungannya dapat menandingi pasaran tanah di kawasan bandar. Begituiah seterusnya juga dengan tanah-tanah wakaf yang ada di kawasan bandar. Seharusnya tanah-tanah wakaf yang ada di kawasan bandar diambil kesempatan ke atasnya dengan membangunkan pembangunan berbentuk boleh memperkembangkan jumlah harta wakaf yang ada. Tetapi sebaliknya di bandar Melaka, tanah-tanah wakaf yang ada tidak dimajukan seperti mana kegunaan tanah di kawasan bandar. Tanah-tanah wakaf di kawasan bandar adalah berbentuk pembangunan rumah kedat lama yang tidak dibangunkan semula kepada pembangunan berbentuk memberikan pulangan modal yang besar kepada pihak Majlis Agama Islam, di mana boleh dimanfaatkan untuk pembangunan sosio-ekonomi umat Islam sendiri. Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi mengkaji apakah isu masalah yang monghantui pembangunan tanah wakaf di bandar Melaka. Seterusnya mengapa golongan lain yang
mendapat manfaat daripada tanah wakaf tersebut.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 10531.pdf]
Text
10531.pdf
Download (13kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics