Masa / Wan Noorli Razali

Razali, Wan Noorli (2024) Masa / Wan Noorli Razali. Bulletin. Academy of Language Studies.
Identification Number (DOI): Issue 3
Abstract

Masa itu berlari, tanpa suara,
Meninggalkan jejak di jiwa,
Lembut bagaikan angin lalu,
Mencipta kenangan, mewarna waktu.

Masa itu berjalan, tiada henti,
Menuntun kita menuju esok yang tiada pasti.
Di setiap detik yang berlalu,
Ada cerita yang tertulis di kalbu,
Kadang bahagia, kadang pilu.

Masa yang pergi takkan kembali,
Anugerah yang patut disyukuri,
Membawa harapan dan mimpi,
Untuk kita terus berjuang tanpa henti.

Biarlah masa menjadi saksi,
Segala usaha dan doa yang diberi,
Kerana di penghujung hari nanti,
Kita kan bertemu llahi,
Pemilik waktu yang hakiki.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 105245.pdf]
Text
105245.pdf
Download (978kB)
Indexing & Metrics