Halilintar / Wan Noorli Razali

Razali, Wan Noorli (2024) Halilintar / Wan Noorli Razali. Bulletin. Academy of Language Studies.
Identification Number (DOI): Issue 3
Abstract

Di langit kelam, awan berkumpul,
Membawa berita dari alam ghaib,
Menyanyi dengan lantang,
Menyapu sunyi dalam ledakan gemuruh.

Garis cahaya memecah gelap,
Bersinar dan berkilat,
Menggores dengan cepat,
Suara kekuatan alam yang dahsyat.

Suara bergema di langit tinggi,
Mengalirkan adrenalin di setiap nadi,
Menggelarkan bumi dengan irama seram,
Menggugah rasa takut yang mendalam.

Di balik hujan yang turun setelahmu,
Menyapu resah, menghapus ragu,
Ada ketenangan yang kau tinggalkan,
Membawa harapan di setiap titisan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 105240.pdf]
Text
105240.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics