Steady, auntie! / Rofiza Aboo Bakar

Aboo Bakar, Rofiza (2024) Steady, auntie! / Rofiza Aboo Bakar. Bulletin. Academy of Language Studies.
Identification Number (DOI): Issue 3
Abstract

Kadangkala, atau lebih tepat lagi — kerap kali- saya lupa sebenarnya usia saya sudah menginjak lebih 50-an dan sudah berumur. “Sudah berumur” itu adalah perkataan-perkataan yang lebih sopan kepada maksud sebenar “sudah tua”. Maka, apabila orang ramai bersorak-sorai memberi kata-kata semangat, “Steady, Auntiel” ketika saya memasuki acara “aquathlon” pada 5 Ogos 2023 yang lalu, saya tersentak seketika. Akan tetapi, saya harus fokus kepada menghabiskan acara tersebut sebelum masa yang diperuntukkan tamat. Saya yang sudah berumur ini terjebak memasuki acara tersebut kerana terpengaruh dengan angan-angan sendiri yang acara itu boleh dihabiskan dalam jangka masa dua jam yang diperuntukkan oleh penganjur, Tick Sweats. Maka, hanya dengan berbekalkan semangat tetapi kurang latihan, ke Putrajaya tetap saya pergi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 105213.pdf]
Text
105213.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics