Aktivit amal sukan dan keusahawanan: Penyayang Charity Fun Run & Sukaneka 2024 / Noor Azli Affendy Lee

Affendy Lee, Noor Azli (2024) Aktivit amal sukan dan keusahawanan: Penyayang Charity Fun Run & Sukaneka 2024 / Noor Azli Affendy Lee. Bulletin. Academy of Language Studies.
Identification Number (DOI): Issue 3
Abstract

Pada 18 Mei 2024, lebih daripada 150 peserta termasuk pelajar, staf, alumni, dan komuniti setempat telah menyertai “Penyayang Charity Fun Run & Sukaneko 2024” anjuran Kelab Budi Penyayang UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP). Program ini diketuai oleh En. Noor Azli Affendy Lee, pensyarah Akademi Pengajian Bahasa (APB), dan dibantu oleh beberapa orang pensyarah APB dan staf dari fakulti atau unit lain. Program ini juga dibantu oleh Bahagian Penyelidikan Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni (PJIM&A) dan Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED), dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) di Kampus Permatang Pauh UiTMCPP. Larian amal yang bermula pada jam 7.30 pagi hingga 10.00 pagi telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor ICAN, Yang Berbahagia Profesor TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah. Acara ini turut dihadiri oleh Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang, Yang Berbahagia Profesor Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy Razali, serta ahli pengurusan eksekutif kampus.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 105111.pdf]
Text
105111.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics