Abstract
Transkrip ini mengandungi temubual bersama Encik Mohd Syawal Bin Shaibmengenai biografinya dan sebagai anggota TLDM yang pernah menyertai OPS PASIR. Encik Mohd Syawal Bin Shaib merupakan anak kedua daripada lima adik beradik. Beliau dilahirkan pada 2 Ogos 1981 di Simpang Renggang, Johor. Beliau mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Kenangan, Simpang Renggang, Johor. Beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Andak, Simpang Renggang, Johor. Beliau ialah pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berpusat di Markas Operasi Wilayah Laut 1 Kuantan. Beliau pernah terlibat dalam beberapa operasi di perairan laut china selatan antaranya ialah OPS PASIR. Beliau bersara atas faktor kesihatan pada tahun 2016 dan kini menetap di Kuantan, Pahang. Sekarang beliau bekerja sebagai jurulatih di Kem Taman pertanian Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. Beliau lebih mesra dikenali dengan panggilan Tok Wal.
Metadata
| Item Type: | Oral History |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Zaki, Muhammad Zharfan Zuhair 2015115803 Afif Azri, Muhammad Azrin 2015154465 |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Interviewee Shaib, Mohd Syawal UNSPECIFIED Advisor Ahmad, Azree azree@uitm.edu.my |
| Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Law enforcement |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Information Management |
| Keywords: | OPS PASIR, TLDM, Tok Wal |
| Date: | 2017 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/104993 |
