Sedekad tema Hari Kebangsaan Malaysia / Syarul Heiry Yahaya

Yahaya, Syarul Heiry (2024) Sedekad tema Hari Kebangsaan Malaysia / Syarul Heiry Yahaya. Bulletin. Unit Penerbitan e-Buletin JSKM.
Abstract

Pada 31 Ogos 2024 rakyat Malaysia akan menyambut hari kebangsaan Malaysia yang ke- 67 yang mana setiap tahun akan disambut dengan tema yang berbeza dan memainkan peranan untuk menaikkan semangat patriotism dikalangan belia dan semangat perpaduan seluruh rakyat Malaysia. Tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) pada tahun 2024 ini ialah Malaysia Madani : Jiwa Merdeka. Tema yang dimaksudkan pada tahun ini merupakan perlambangan kesepaduan secara holistik negara maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati dan teguh jati dirinya. Pada tahun 2023, tema hari kemerdekaan telah diperkenalkan dengan bertemakan Malaysia MADANI, Tekad Perpaduan Penuhi Harapan. Penetapan tema tersebut diinspirasikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan dan kemodenan berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormatmenghormati dan ihsan. Perbandingan tema tahun lepas dan tahun 2024 adalah berfokus pada menzahirkan kebebasan rakyat daripada sebarang elemen negatif dalam menterjemahkan semangat patriotik melalui aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi dan seterusnya membentuk kesatuan rakyat yang harmoni, kukuh dan progresif iaitu jiwa merdeka.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 104836.pdf]
Text
104836.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics