Adaptasi motif paku-pakis dalam teknik resis

Abdul Hamid, Hushiyani (2000) Adaptasi motif paku-pakis dalam teknik resis. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.
Abstract

Penulisan tesis ini adalah sebagai satu pendedahan kepada umum mengenai kajian yang telah dijalankan berkenaan dengan tajuk yang telah dipilih. Sertadituhs juga penghasilan reka corak dalam seni tekstil (tesis). Kajian yang dilakukan adalah berkaitan dengan 'Pengadaptasian Motif Paku-Pakis Dalam Teknik Resis'. Mengenal pasti tajuk serta pemahaman latar belakang bahan kajian adalah amat penting sebelum sesuatu reka corak dapat dihasilkan. Berbekalkan maklumat yang lengkap serta terperinci, reka corak yang menarik dapat dihasilkan. Tesis ini juga turut membincangkan sejarah tekstil resis khususnya batik yang merupakan suatu cabang seni yang telah diamalkan berkurun-kurun lamanya. Dewasa ini juga, berbagai inisiatif dan kaedah yang telah digunakan bagi mengetengahkan keistimewaan tekstil resis yang bukan sahaja kegunaannya sebagai pakaian dan bahan gunaan yang lain tetapi mempunyai kepentigan kerohanian yang dapat mengerakkan rasa ingin tahu yang lebih mendalam melangkaui penonjolan yang bersifat visual atau artistic. laitu ingin mendalami segala warisan budaya sesuatu kelompok manusia serta seniman yang menciptanya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 104720.PDF]
Text
104720.PDF
Download (191kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics