Penggunaan simbol imej traditional dalam penghidupan kaum Iban, Orang Ulu Melanau dan Bidayuh di Sarawak dan kaitannya dengan seni grafik

Bolhassan, Fatimah (1990) Penggunaan simbol imej traditional dalam penghidupan kaum Iban, Orang Ulu Melanau dan Bidayuh di Sarawak dan kaitannya dengan seni grafik. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Tesis ini dibuat bertujuan untuk mengkaji cara kehidupan empat kaum di Sarawak yang telah menghasilkan identiti mereka sendiri dalam penggunaan simbol dan imej dalan kehidupan mereka seharian. Kajian yang dilakukan ke atas sebab kewujudan penggunaan simbol dan imej tradisional telah dilakukan di Kampung Budaya Sarawak, Rumah Panjang Mejong di Skrang dan Muzium Negeri Sarawak. Faktor penting yang melahirkan karya mereka adalah dari perubahan alam sekitar dan manusia itu sendiri. Asal usul kewujudan seni pada mereka ini semenjak zaman pra sejarah lagi. Fungsi-fungsi penggunaan simbol dan imej adalah semata untuk kepercayaan yang ada pada mereka kerana dari tiap kajian yang dilakukan ke atas barang yang dihasilkan oleh kaum-kaum ini hampir kesemua ada kaitan dengan pegangan dan kepercayaan mereka tentang ujudnya roh, Kuasa yang melebihi ketua mereka dan semangat. Tesis ini adalah berpandukan kajian yang dibuat ke atas maksud di sebalik tiap-tiap imej dan simbol dari tiap-tiap kaum yang berkaitan dengan kajian ini. Setelah fungsi dan maksud symbol dan imej diperolehi maka kaitanya dengan seni grafik adalah lebih jelas lagi terutama dari segi penggunaan barangan yang dihasilkan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 104659.pdf]
Text
104659.pdf
Download (18kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics