Batik Jawa serta mengaplikasikannya dalam fesyen kontemporari

Abdul Wahab, Norfazilawati (2003) Batik Jawa serta mengaplikasikannya dalam fesyen kontemporari. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Batik merupakan hasil kraftangan bernilai tinggi yang terus dipelihara hingga kini. Walaupun asal pembuatannya berasal dari Pulau Jawa, batik kini telah tersebar luas termasuk di Malaysia. Pengaruh batik di Malaysia lebih didominasi oleh batik tempatan dari Kelantan dan Terengganu, manakala penggunaan batik Jawa masih terhad. Kajian ini bertujuan mengetengahkan pengaplikasian batik Jawa dalam rekaan fesyen kontemporari, khususnya pakaian malam, bagi menarik minat masyarakat tempatan terhadap keunikan corak dan fabrik batik Jawa. Proses kajian melibatkan rujukan di Muzium Kraftangan, perpustakaan universiti, Kedutaan Indonesia serta temuramah dengan individu tertentu. Kajian turut membincangkan sejarah dan asal-usul batik, pendekatan terhadap motif dan tujuan pembatikan Jawa, serta pengaruh busana tradisional masyarakat Indonesia dalam rekaan moden. Hasil kajian mendapati pengetahuan tentang batik Jawa masih rendah dalam kalangan masyarakat Malaysia, dan persepsi terhadap harga serta dasar import turut mempengaruhi penggunaannya. Oleh itu, penerapan elemen batik Jawa dalam fesyen kontemporari diharap dapat mengubah pandangan masyarakat serta memperluas penerimaannya dalam industri fesyen tempatan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 104654.pdf]
Text
104654.pdf
Download (134kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics