Lenti-tea: sifar kemiskinan dan kelaparan melalui inovasi dan kelestarian / Zamzila Erdawati Zainol ... [et al.].

Zainol, Zamzila Erdawati and Tajam, Jamil and Ahmad, Aziani and Masdar, Non Daina and Md Nor, Muhammad Niza (2024) Lenti-tea: sifar kemiskinan dan kelaparan melalui inovasi dan kelestarian / Zamzila Erdawati Zainol ... [et al.]. Epitome of Nature (EON). ISSN 2773-5869
Abstract

Caulerpa lentilifera atau lebih dikenali dengan nama ‘laktud’ atau ‘latok’ di kalangan masyarakat Malaysia adalah merupakan sejenis rumpai laut yang kaya dengan pelbagai nutrisi dan dan khasiatnya yang tersendiri. Rumpai laut ini kebiasaannya diusahakan di ladang akuakultur kerana mendapat permintaan pasaran yang tinggi dan menjadi penyumbang utama kepada ekonomi komuniti persisir pantai. Secara umumnya laktud dijual secara segar dan dimakan mentah bersama sambal kerisik. Selaras dengan pelaksanaan "Sustainable Development Goal 1" (SDG1) dan "Sustainable Development Goal 2" (SDG2), sekumpulan penyelidik daripada UiTM Cawangan Perlis yang diketuai oleh Ts. Dr. Jamil bin Tajam telah menjalankan satu kajian di bawah Geran Penyelidikan CE-SIR yang bertajuk “Sustainable Production of Green Seaweed (Caulerpa lentillifera) for Small Scale Coastal Fishing Communities: An Opportunities for Poverty Alleviation and Empowerment”.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 104480.pdf]
Text
104480.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics