Imam kampung / Zailani Shafie, Razifah Othman and Fatin Nursyakirah Zailani

Shafie, Zailani and Zailani, Fatin Nursyakirah (2023) Imam kampung / Zailani Shafie, Razifah Othman and Fatin Nursyakirah Zailani. Bulletin. Academy of Language Studies, Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan Branch, Rembau Campus.
Abstract

Sukarnya untuk mendapatkan seorang imam kampung pada hari ini. Jawatan yang dihormati, mulia, dan disegani kini tidak lagi menjadi rebutan. Beruntung bagi masjid-masjid kampung yang mempunyai imam yang komited dan terserlah keikhlasannya. Seorang imam diiktiraf masyarakat sebagai ilmuan agama yang menjadi tempat rujukan dan yang biasanya adalah dari kalangan orang-orang alim kampung setempat. Seorang imam boleh menjadi komited apabila mempunyai latarbelakang bekerja sendiri samada berniaga ataupun seorang penoreh getah atau kemungkinan juga dari seorang pesara kerajaan / swasta. Jawatan yang diperlukan hanya dengan prasyarat minimum mempunyai minat berserta mempunyai sedikit latarbelakang agama. Hari ini zaman telah berubah, limpahan kepesatan pembangunan negara menjadikan kampung juga turut berubah. Bilangan penduduk kian bertambah dan peranan serta tanggungjawab juga turut bertambah untuk digalas oleh seorang imam kampung. Jawatan imam kampung tidak lagi menjadi rebutan malahan sukar untuk diisi. Jawatan Imam kampung hanyalah dibayar elaun sebagai tambahan dari pekerjaan yang mereka sedia ada, bukanlah berjawatan tetap dan berpencen. Ahli kariah lebih memilih mencari pendapatan yang lebih tinggi bagi menyara keluarga mereka serta mencari pekerjaan yang boleh menjamin dimasa hadapan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 104351.pdf]
Text
104351.pdf
Download (294kB)
Indexing & Metrics