Global Outreach Program (GOP): kolaborasi antara Universiti Teknologi MARA dan Universitas Indonesia dalam pembangunan mahasiswa / Kavirajaa Pandian Sambasevam and Ruhaida Rusmin

Sambasevam, Kavirajaa Pandian and Rusmin, Ruhaida (2023) Global Outreach Program (GOP): kolaborasi antara Universiti Teknologi MARA dan Universitas Indonesia dalam pembangunan mahasiswa / Kavirajaa Pandian Sambasevam and Ruhaida Rusmin. Bulletin. Academy of Language Studies, Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan Branch, Rembau Campus.
Abstract

Pusat Pengajian Kimia dan Alam Sekitar (PPKAS) telah menganjurkan program pengantarabangsaan Global Outreach Program (GOP) siri ke 6 sebagai inisiatif untuk pembangunan daya saing mahasiswa di peringkat global dan mengukuhkan jalinan kerjasama strategik dengan universiti luar negara. Untuk GOP tahun ini, PPKAS menjalin kerjasama dengan empat universiti dari Indonesia, iaitu Universitas Islam Indonesia (UII), Universitas Negeri Malang (UNM), Universitas Telkom, dan Universitas Maritim Raja Ali Haji (UMRAH). Salah satu pengisian utama GOP tahun ini adalah program "Kolokium Malaysia-Indonesia" di bawah kelolaan Dr. Kavirajaa Pandian A/L Sambasevam dan Dr. Ruhaida Rusmin dan dibantu oleh pelajar jabatan PPKAS. Program ini diadakan pada 21 Ogos 2023 dari pukul 11 pagi hingga 12.30 tengahari. Dalam program ini, empat pensyarah telah turut serta untuk menyampaikan penemuan kajian penyelidikan mereka.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 104337.pdf]
Text
104337.pdf
Download (338kB)
Indexing & Metrics