Imej bandar Taiping

Mohamad Idris, Roslaini (1998) Imej bandar Taiping. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Imej sesebuah bandar memainkan peranan yang penting yang mana ianya merupakan identiti atau pengenalan bagi bandar tersebut. Pembentukan imej ini disokong oleh elemen-elemen yang terdapat di sekitar kawasan bandar tersebut yang mana ianya merujuk kepada mercu tanda, lorong, pinggiran, daerah dan pusat tumpuan atau nodes. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti imej yang terbentuk berdasarkan kepada kesan peninggalan sejarah yang terdapat di dalam bandar Taiping ini. Kaedah kajian yang dilakukan bagi menentukan imej bandar Taiping ini ialah dengan melakukan soal selidik, kajian inventori bangunan untuk menandakan bangunan yang mempunyai senibina lama di samping kaedah pengamatan secara keseluruhan kawasan bandar Taiping ini. Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, didapati bangunan - bangunan lama yang ada di dalam bandar Taiping ini banyak mempengaruhi di dalam persepsi manusia dan juga pembentukan imej. Ini kerana bandar Taiping sering dikaitkan sebagai "Bandar Bersejarah" kerana terdapat banyak elemen bersejarah terutamanya bangunan-bangunan lama dan tapak bersejarah seperti Bukit Larut. Pembangunan yang semakin pesat sedikit sebanyak memberi ancaman kepada bangunan-bangunan ini. Selain daripada itu, terdapat banyak elemen-elemen menarik di dalam bandar Taiping yang boleh dieksploitasikan untuk dijadikan sebagai daya tarikan pengunjung sama ada dan dalam mahupun luar negara.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 103983.pdf]
Text
103983.pdf
Download (15kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics