Pergerakan mahasiswa masa kini - suatu tinjauan dari aspek pengurusan organisasi / Mohd. Razali Abdul Rashid and

Abdul Rashid, Mohd. Razali and Ariffin, Mohd. Idrus (1991) Pergerakan mahasiswa masa kini - suatu tinjauan dari aspek pengurusan organisasi / Mohd. Razali Abdul Rashid and. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Mahasiswa adalah golongan yang sentiasa mendapat perhatian ramai di mana-mana negara. Di negara kita, ramai orang yang sering memperkatakan tentang mahasiswa sama ada tentang peranan mereka, mutu akademik dan sebagainya. Namun, tidak ramai yang cuba melihat pengurusan organisasi mereka. Aktivis mahasiswa sendiri lebih suka berbicara tentang visi, program, demonstrasi dan seumpamanya. Amat sedikit di kalangan mereka yang cuba menganalisa pengurusan organisasi mahasiswa. Menyedari kekurangan ini, kami telah cuba meninjau pengurusan organisasi mahasiswa dan seterusnya cuba mengaitkannya dengan kelemahan pergerakan mahasiswa itu sendiri. Di samping itu kami juga memberikan beberapa cadangan yang dirasakan dapat membantu meningkatkan pengurusan organisasi sekaiigus memantapkan pergerakan mahasiswa itu sendiri. Kami memanfaatkan pengalaman kami sendiri yang pernah terlibat secara langsung dengan beberapa organisasi mahasiswa. Kami juga menemui bekas-bekas aktivis mahasiswa sama ada lepasan pusat pengajian tinggi tempatan mahu pun seberang laut. Di samping itu kami menemubual beberapa pimpinan pergerakan mahasiswa tempatan, pensyarah, serta mahasiswa sendiri. Seterusnya, untuk memantapkan lagi kajian ini kami mendapatkan maklumat-maklumat yang perlu daripada pelbagai sumber termasuklah buku, majalah, kertas kerja dan sebagainya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 103701.pdf]
Text
103701.pdf
Download (127kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics