Songket dan kegunaannya

Ngah, Norazlina (1997) Songket dan kegunaannya. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Penghasilan kajian ilmiah ini yang bertajuk "Songket Dan Kegunaannya" adalah secara khusus bertujuan untuk mengkaji tentang penggunaan songket dalam fesyen secara kreatif. Songket merupakan seni kraf tekstil (tenunan) yang popular di kalangan masyarakat melayu. Hasil tenunan masyarakat melayu adalah bermutu tinggi dan diakui oleh seluruh masyarakat di Asia. Di bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia, tenunan songket benang emas merupakan kerja turun-temurun. Walaupun seni Tekstil mengalami tindakbalas terhadap perubahan dan perkembangan persekitarannya yang dipengaruhi oleh aspek politik, ekonomi dan sosial, naniun tenunan songket masih lagi bertahan sebagai tenunan turun-temurun dan penggunaannya dalam fesyen kontemporari di Malaysia masih lagi terbatas begitu juga diperingkat antarabangsa penggunaan songket boleh dikatakan tidak wujud. Jika dikaji dari segi pengeluaran songket, teknik pengeluarannya masih lagi menggunakan cara-cara dan kaedah-kaedah tradisi iaitu menggunakan tenaga manusia (tangan). Teknik tenunan juga adalah tidak berubah. Keadaan ini terjadi disebabkan tenunan songket adalah warisan turun-temurun masyarakat melayu.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 103491.PDF]
Text
103491.PDF
Download (14kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics