Prospek dan bidang kerjaya seramik di Malaysia

Ismail, Wan Razman (1996) Prospek dan bidang kerjaya seramik di Malaysia. Diploma thesis, Institut Teknologi MARA (ITM).
Abstract

Dalam penghasilan penulisan ini adalah bertujuan untuk mencungkil potensi, prospek dan kerjaya dalam bidang seramik serta sejauh mana peluang yang ada iaitu dari kerajaan serta SIRIM. Isi kandungan tesis ini adalah menerangkan pelbagai aspek-aspek dalam industri seramik dari segi sejarah, perkembangan, peluang dan juga bagaimana Institut Pengajian Tinggi serta Kolej swasta menentukan arah para pelajarnya memberi pengetahuan dalam bidang seramik bagi meneruskan perkembangan industri seramik itu sendiri. Dalam penulisan tesis ini dibahagikan kepada enam bab dan setiap bab cuba memeberikan segala perkara yang berkaitan dan bersangkutan supaya dapat memudahkan pembaca untuk memahami seterusnya mengikuti perkembangannya. Didalam bab 1, penulis membincangkan secara ringkas Sejarah awal seramik di Malaysia, la bertujuan supaya dapat menerangkan bagaimana seramik mula bertapak dan berkembang dengan pelbagai cara. Bagi dalam bab2, ia juga mengupas sejarah dan perkembangan industri seramik di Malaysia serta peluang-peluang yang diberikan oleh kerajaan untuk membangunkan industri seramik. Bab 3 adalah mengaitkan bidang seramik dari segi pendidikan yang ditawarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi seperti USM
dan ITM serta Kolej swasta melahirkan pelajar yang bakal mewarisi segala iv apa yang berkaitan dengan seramik itu sendiri samada melibatkan pendidikan teknologi seramik atau seorang pereka seramik. Dalam bab 4, ialah cuba mencari pendapat pengusaha seramik menjalankan perniagaan. dari sini dapat dilihat bagaimana seorang yang tidak mendapat pendidkan seramik menjadikan bidang seramik sebagai kerjayanya dengan membuka perniagaan seramik, walaupun sebelum ini beliau sudah mempunyai kerjaya sebagai Pengurus Pemasaran di Syarikat EON INOVASI di Langkawi. Untuk bab 5 pula ialah memberi bagaimana peranan SIRIM didalam bidang industri. Setelah mencari dan memberi penjelasan dalam bab-bab lain, bab ini adalah bagaimana SIRIM memberi pelbagai bantuan dari segi pengetahuan teknologi serta kemudahan yang disediakan untuk industri seramik khususnya. Bab akhir iaitu bab 6, satu keputusan dan kesimpulan serta cadangan dari apa yang telah dibentangkan didalam tesis ini, khasnya peluang kerjaya didalam bidang seramik itu sendiri. Selain daripada itu juga penulis memberi beberapa cadangan untuk menaikkan bidang seramik khususnya Jabatan Seramik di Kajian Senilukis dan Senireka ITM Shah Alam, bagi memantapkan lagi dari segi pengetahuan yang lebih berkesan dan canggih.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 103062.pdf]
Text
103062.pdf
Download (1MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics