"Jed" rahsia di sebaliknya

Abdul Rani, Azlina (1995) "Jed" rahsia di sebaliknya. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

'Kecantikan berada di mana-mana sahaja tetapi tidak semua orang dapat menikmatinya'. Begitulah bunyi pepatah Inggeris yang telah di terjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, la membawa maksud bahawa tidak semua orang dapat menikmati keistimewaan atau sesuatu kelebihan yang ada pada suatu barang atau manusia itu sendiri. Oleh yang demikian tujuan saya menghasilkan tesis ini adalah untuk berkongsi bersama tentang rahsia dan misteri sebiji permata hijau yang dikenali sebagai 'jed'. Untuk tatapan bersama, telah lahirlah sebuah tesis yang bertajuk 'Jed .... Rahsia di sebaliknya'. Tesis ini di hasilkan untuk memecah belenggu pemikiran masyarakat kita tentang permata ini bukan hanya untuk dimiliki oleh orang Cina sahaja. Tetapi jed juga boleh dimiliki oleh semua orang tanpa mengira bangsa dan agama. Jed merupakan permata yang berharga yang sama taraf dengan berlian, mutiara, zamrud dan sebagainya. Permata ini bukan sahaja hadir di dalam warna hijau sahaja, tetapi ia mempunyai pelbagai warna yang menarik seperti warna merah, kuning dan bermacam-macam lagi. Jika kita tidak mengkajinya dengan mendalam maka kita tidak akan tahu tentang rahsia dan keistimewaannya .

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 102847.pdf]
Text
102847.pdf
Download (2MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics