Abstract
Temu bual ini mengisahkan tentang seorang penulis iaitu Amer Hmzah L. Kadir atau lebih dikenali sebagai Cikgu Amer. Beliau merupakan seorang penulis novel remaja. Novel pertama yang ditulis oleh beliau ialah Kembara Amira. Novel ini dijadikan sebagai buku teks komsas yang digunakan oleh sekolah-sekolah bahagian Utara Semenanjung. Tercetusnya idea penghasilan Novel Kembara Amira ini berdasarkan sebuah filem lnggeris iaitu Tom Raider. Walaubagaimanapun, bermulanya karier beliau sebagai penulis apabila beliau memasuki satu pertandingan iaitu Projek Hadiah Galakan Sastera Bumi Kenyalang dan penulisan pertamanya adalah berbentuk cerpen. Beliau juga menceritakan tentang kisah hidup beliau sebagai seorang penulis dari segi penulisannya, buku-buku basil karyanya, penglibatannya dalam pertandingan yang disertainya, pencapaiannya, dan pendapatnya tentang penulis-penulis lain.
Metadata
| Item Type: | Oral History |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Sharif, Siti Nur' Ain ainmohamadsharif@gmail.com Razak, Nur Amalina Azira Amalina.razak95@gmail.com |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Interviewee L. Kadir, Amer Hmzah UNSPECIFIED Advisor Ahmad, Azree azree@uitm.edu.my |
| Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history P Language and Literature > PN Literature (General) > Oratory |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Information Management |
| Keywords: | Sejarah, Novel, Kembara Amira |
| Date: | 2017 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101904 |
