Transkrip temubual bersama Kapten (B) Abd Malik Bin Juni pesara Tentera Darat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) mengenai peristiwa Operasi Gubir 8 dan jerangkap samar

Ibrahim, Nor Azlinda and Jalil, Nur Amira (2018) Transkrip temubual bersama Kapten (B) Abd Malik Bin Juni pesara Tentera Darat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) mengenai peristiwa Operasi Gubir 8 dan jerangkap samar. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Transkrip temubual ini mengenai Kapten (BJ Abdul Malik bin Juni yang merupakan pesara Angkatan Tentera Malaysia yang menceritakan tentang pegalamannya di dalam OPS Gubir 8 dan pengalaman pahitnya yang terkena jerangkap samar. Peristiwa tersebut berlaku pada tahun 1979 di Gubir, Kedah. lni merupakan sejarah lisan yang bakal menjadi salah satu sumber kajian bagi para pengkaji dan penyelidik di masa akan datang. Transkrip ini juga menceritakan tentang perihal seorang tentera Malaysia iaitu Kapten (BJ Abdul Malik bin Juni yang telah menggambarkan pengalamannya menyertai OPS Gubir 8 pada masa itu. Pelbagai informasi dicatatkan ketika berlakunya OPS Gubir 8 tersebut terutamanya kenangan pahitnya kerana beliau dan anggota tentera yang terlibat terpijak jerangkap samar yang di pasang oleh pihak komunis pada masa itu. Temubual ini difokuskan atas beberapa faktor, antaranya ingin mengetahui pengenalan diri tentang beliau dan ingin mengetahui OPS Gubir 8 dengan lebih tepat dan terperinci. Prestasi kerjaya beliau dan pencapaiaan sepanjang perkhidmatan beliau di ATM dirungkai. Segala pendapat dan nasihat tentang Angkatan Tentera Malaysia dibincangkan bagi memberi kesedaran kepada orang awam untuk menghargai jasa pejuang prajurit negara.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 101829..pdf]
Text
101829..pdf
Download (5MB)
Indexing & Metrics