Transkrip temubual bersama Encik Romli Bin Mahamud mengenai biografinya dan sebagai Tokoh Seni Budaya Negeri Perlis 2012

Mohd Yusof, Nur Hanis and Azizan, Wan Natrah (2017) Transkrip temubual bersama Encik Romli Bin Mahamud mengenai biografinya dan sebagai Tokoh Seni Budaya Negeri Perlis 2012. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Transkrip ini membincangkan mengenai pengalaman seorang tokoh yang merupakan satusatunya orang yang masih mewarisi satu seni penglipurlara iaitu Awang Batil. Pada masa kini, terdapat ramai masyarakat terutamanya generasi sekarang tidak mengetahui secara langsung tentang kewujudan seni yang unik ini dan juga merupakan salah satu pecahan daripada kategori dalam jenis penglipurlara, wayang kulit, mak yang dan sebagainya. Sejak bermulanya sejarah berkaitan Awang batil tersebut, kajian ini mengariskan secara menyeluruh tentang peralatan, syarat-syarat yang tertentu, ritual-ritual yang dikaitan, fungsi setiap cerita dalam lagu dan isu-isu yang berkaitan dengan kesenian Awang Batil tersebut. Kajian ini bukan sahaja melalui Encik Romli sendiri malah ianya juga turut diperolehi dari pelbagai sumber yang lain bagi melihat sejauh mana persamaan dan perbezaan dalam kajian yang telah dilakukan. lmplikasi kajian ini adalah terutamanya kepada pengkaji, pelajar serta orang awam. Melalui projek sejarah lisan yang dilakukan ini juga diharap masyarakat luar terutamanya generasi baru akan mengenali dengan lebih lanjut dan mendalam tentang seni Awang Batil.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 101630..pdf]
Text
101630..pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics