Talkin dalam neraca syarak / Dr. Muhammad Firdaus Abdul Manaf

Abdul Manaf, Muhammad Firdaus (2024) Talkin dalam neraca syarak / Dr. Muhammad Firdaus Abdul Manaf. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Menurut Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, perkataan ‘talkin’ secara etimologinya berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu laqqana, yulaqqinu dan talqinan yang bermaksud ‘menyebut untuk diulangi atau menyebut dua kalimah syahadah kepada seseorang’ (2006). Kamus Al-Miftah mendefinisikan talkin sebagai ‘mengajar dan memahamkan’ (2008). Kamus Lisan al-Arab (2000) pula menjelaskan maksud talkin dengan makna ‘menjelaskan’. Secara terminologinya, pengertian talkin ini dijelaskan lagi oleh Kamus Dewan Edisi Keempat (2016) sebagai ‘petunjuk atau peringatan tentang soal jawab dalam kubur yang dibacakan kepada jenazah orang Islam selepas sahaja ia dikebumikan’. Istilah ini juga didefinisikan sebagai ‘bimbingan untuk mengucapkan dua kalimah syahadah yang dibisikkan pada telinga seseorang mukmin yang sedang menghadapi saat kematian atau dalam keadaan nazak’.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 101482.pdf]
Text
101482.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics