Praktis shamanism dalam kalangan etnik beragama Islam di Pitas, Sabah: penilaian menurut perspektif Islam / Khairulnazrin Nasir ... [et al.]

Nasir, Khairulnazrin and Kamarul Zaman, Rahim and Abd. Azid, Muhammad Adam and Hussain, Abdul Azib (2022) Praktis shamanism dalam kalangan etnik beragama Islam di Pitas, Sabah: penilaian menurut perspektif Islam / Khairulnazrin Nasir ... [et al.]. Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS), 8 (2): 11. pp. 177-194. ISSN ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902
Identification Number (DOI): 10.24191/jcis.v8i2.11
Abstract

Shamanism merupakan istilah dalam bidang antropologi yang merujuk kepada aktiviti berkaitan dengan pawang, dukun dan perbomohan. Shamanism ialah satu bentuk daripada kepercayaan dan amalan yang dilakukan oleh individu yang dianggap memiliki kuasa dan pengaruh terhadap anasir ghaib dan makhluk supernatural. Etnik dan bangsa di negara ini turut memiliki pelbagai kepercayaan dan amalan shamanism, termasuk etnik-etnik peribumi yang beragama Islam di daerah Pitas, Sabah. Justeru, tujuan kajian ini dijalankan ialah suatu usaha untuk mengenal pasti bentuk kepercayaan dan amalan berhubung shamanism yang terdapat dalam kalangan mereka. Data-data dikumpulkan berdasarkan metode temu bual. Seramai tujuh orang informan terlibat dalam beberapa siri wawancara. Para informan terdiri daripada warga emas dan tokoh-tokoh masyarakat tempatan. Hasil penelitian mendapati bahawa kepercayaan dan amalan shamanism masih wujud dan dipraktikkan dalam kalangan warga Muslim di Pitas, Sabah. Segelintir anggota masyarakat terlibat dengan perkara syirik, khurafat dan tahayul, seperti ritual pemujaan, black magic dan lain-lain.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 101371.pdf]
Text
101371.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics