Penentuan keuntungan dan pemberian rebat dalam urusniaga jualan bertangguh menurut Maqasid al-Shariah / Muhamad Zuhaili Saiman

Saiman, Muhamad Zuhaili (2022) Penentuan keuntungan dan pemberian rebat dalam urusniaga jualan bertangguh menurut Maqasid al-Shariah / Muhamad Zuhaili Saiman. Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS), 8 (2): 9. pp. 123-152. ISSN ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902
Identification Number (DOI): 10.24191/jcis.v8i2.9
Abstract

Amalan perbankan Islam dalam jualan bertangguh menerusi pembiayaan yang diberikan merupakan alternatif khususnya bagi pelanggan muslim agar tidak mengambil instrumen yang berasaskan pinjaman konvensional. Dalam pembiayaan Islam ke atas urusniaga jualan bertangguh, pihak bank telah menetapkan harga penuh di awal kontrak berdasarkan kiraan keuntungan terakru bagi sesuatu tempoh jangka panjang tertentu. Selain itu, pengamalan di perbankan Islam juga memberikan rebat kepada pelanggan pada situasi penyelesaian awal (early settelment),isu kemungkiran di pihak pelanggan serta apabila kadar keuntungan effektif (EPR: effective profit rate) lebih rendah dari kadar keuntungan siling (CPR: ceiling profit rate) setelah tamat tempoh pembiayaan. Walau bagaimanapun terdapat dakwaan bahawa apa yang diamalkan dalam urusniaga jualan bertangguh menerusi pembiayaan Islam sekadar mengubah istilah dari pengamalan pinjaman konvensional sahaja. Artikel ini mengkaji penenentuan keuntungan dan pemberian rebat yang diamalkan dalam urusniaga jualan bertangguh menerusi pembiayaan yang diberikan oleh pihak perbankan Islam yang memenuhi maqasid al-shariah. Reka bentuk kajian ini berbentuk kualitatif dengan metode pengumpulan data yang dilakukan melalui kajian.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 101369.pdf]
Text
101369.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Citations
1 Google Scholar Citations