Analisis penentuan jarak ideal antara saf solat bagi kedudukan sujud sempurna di surau dan masjid di Malaysia / Ezwan Rafiq Husin, Mohd Hapiz Mahaiyadin and Farrah Payadhah Borhan

Husin, Ezwan Rafiq and Mahaiyadin, Mohd Hapiz and Borhan, Farrah Payadhah (2022) Analisis penentuan jarak ideal antara saf solat bagi kedudukan sujud sempurna di surau dan masjid di Malaysia / Ezwan Rafiq Husin, Mohd Hapiz Mahaiyadin and Farrah Payadhah Borhan. Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS), 8 (2): 7. pp. 93-108. ISSN ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902
Identification Number (DOI): 10.24191/jcis.v8i2.7
Abstract

Solat merupakan tiang agama yang menjamin kesempurnaan iman seseorang Muslim. Kecacatan ibadat di dalam solat turut mengurangkan pahala dan menyebabkan hilang ketenangan emosi bagi pelakunya. Justeru kajian ini bertujuan untuk menganalisis kualitatif jarak ideal antara saf solat di hadapan dengan saf solat di belakang bagi pergerakan sujud sempurna mengikut ketinggian jemaah normal di Malaysia. Seramai tujuh orang makmum yang memenuhi kriteria dipilih sebagai informan untuk ditemubual kerana analisis mendapati temu bual ke atas kesemua tujuh orang jemaah telah mencapai ketepuan maklumat berkaitan jarak ideal saf dan sujud yang sempurna. Analisis kajian kes secara mendalam dijalankan bagi memaparkan data diperoleh. Bacaan Cohen Kappa terhadap perbezaan persetujuan pakar dari senarai semak temu bual adalah sebanyak 0.78 iaitu pada tahap sederhana. Kajian mendapati keseluruhan seramai 7 orang bersetuju bahawa jarak antara saf belakang dengan saf hadapan perlu dilebihkan bagi mendapatkan pergerakan sujud yang sempurna mengikut ketinggian badan jemaah yang normal di Malaysia. Kajian turut mendapati pertambahan jarak sebanyak 30 sentimeter antara saf hadapan dengan saf belakang membolehkan jemaah melakukan pergerakan sujud yang sempurna di dalam solat. Penyelarasan jarak antara saf hadapan dan saf belakang bagi pengamalan masjid dan surau seluruh Malaysia mampu menyebarkan lagi kebaikan para jemaah dalam mencapai kualiti
pergerakan sujud yang sempurna seterusnya mengeratkan silaturrahim dan menggapai khusyuk di dalam solat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 101367.pdf]
Text
101367.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Citations
1 Google Scholar Citations