Analisis pembuktian prima facie berdasarkan sabitan qarinah dalam kesalahan matrimoni di Mahkamah Syariah Selangor / Shadli Sabarudin, Aishah Mohd Nor and Rafeah Saidon

Sabarudin, Shadli and Mohd Nor, Aishah and Saidon, Rafeah (2022) Analisis pembuktian prima facie berdasarkan sabitan qarinah dalam kesalahan matrimoni di Mahkamah Syariah Selangor / Shadli Sabarudin, Aishah Mohd Nor and Rafeah Saidon. Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS), 8 (2): 6. pp. 79-92. ISSN ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902
Identification Number (DOI): 10.24191/jcis.v8i2.6
Abstract

Sesuatu dakwaan yang dilakukan di Mahkamah Syariah, pada asasnya bertujuan untuk menuntut hak atau kepentingan terhadap sesuatu perkara, ataupun bertujuan mempertahankan kepentingan tersebut daripada pihak yang mempertikai. Beban pembuktian terhadap sesuatu pendakwaan terletak atas pihak yang mendakwa. Dalam konteksjenayah di Mahkamah Syariah, seorang Pendakwa Syarie boleh mendakwa Orang Kena Tuduh (OKT) dalam kes yang melibatkan jenayah syariah atau kesalahan matrimoni apabila wujud qarinah yang kuat (prima facie). Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis pembuktian prima facie berdasarkan sabitan qarinah dalam kesalahan matrimoni di Mahkamah Syariah Selangor. Permasalahan kajian ialah tiada panduan bertulis bagi proses membuktikan kes prima facie dalam kesalahan matrimoni. Objektif kajian ialah menganalisis pembuktian prima facie dalam kesalahan matrimoni. Bagi tujuan pengumpulan data, pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah analisis dokumen, fail-fail Mahkamah Syariah serta alasan penghakiman. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesalahan matrimoni merupakan jenayah di bawah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (EUKIS 2003) yang tertulis sebagai kertas pertuduhan dan fakta kes dan menjadi sabitan qarinah yang kuat (prima facie) bagi seorang Pendakwa Syarie untuk mendakwa OKT. Kesimpulan kajian ialah qarinah dalam kertas pertuduhan dan fakta kes merupakan beban bukti ke atas Pendakwa Syarie untuk mewujudkan kes prima facie terhadap kesalahan OKT. Namun begitu, qarinah tersebut mesti mencapai tahap yang yakin atau al-zan al-ghalib, bukan pada tahap zan, syak dan waham. Kajian ini memberi implikasi kepada penerokaan ilmu Undang-undang Keluarga Islam khususnya dalam membuktikan kes prima facie terhadap kesalahan matrimoniselain daripada kes jenayah syariah.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 101366.pdf]
Text
101366.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics