Teks ucapan majlis perasmian Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2022 peringkat negeri Pulau Pinang/ Sharifah Zakiah Syed Sahab

Syed Sahab, Sharifah Zakiah (2022) Teks ucapan majlis perasmian Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2022 peringkat negeri Pulau Pinang/ Sharifah Zakiah Syed Sahab. In: Majlis perasmian Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2022 peringkat negeri Pulau Pinang, 16 NOVEMBER 2022, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam. (Unpublished)
Abstract

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

1. Terlebih dahulu saya ingin mengambil peluang di sini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Alam Sekitar Negara kepada semua yang hadir di Dewan ini. Sesungguhnya, kita amat bersyukur kerana sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Pulau Pinang pada kali ini dapat diadakan secara bersemuka setelah dua (2) tahun ia disambut secara maya kerana pandemik Covid-19 yang melanda negara.

2. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang dan Universiti Teknologi Mara (UITM) Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam selaku penganjur bersama majlis ini. Penganjuran majlis ini dilaksanakan secara bersama antara JAS dan UITM kerana ia menggandingkan segmen alam sekitar dan pendidikan. Tinggilah harapan saya, agar majlis ini mampu memberikan impak positif yang besar dan berpanjangan kepada alam sekitar dan generasi akan datang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 101064.pdf]
Text
101064.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics