Kunjungan Dekan FSG / Nurul Izza Husin and Nor Aziyah Bakhari

Husin, Nurul Izza and Bakhari, Nor Aziyah (2024) Kunjungan Dekan FSG / Nurul Izza Husin and Nor Aziyah Bakhari. Bulletin. Unit Penerbitan Jabatan Sains Gunaan.
Identification Number (DOI): Bil 2
Abstract

Pada 31 Oktober 2023, Jabatan Sains Gunaan UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menerima kunjungan buat pertama kalinya dari Dekan Fakulti Sains Gunaan, Prof. Dr. Hajah Farida Zuraina Mohd Yusof sejak pelantikan beliau. Pada lawatan kali ini, Y.Bhg. Rektor, Profesor Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy Bin Razali berbesar hati meluangkan masa menyantuni dan meraikan kehadiran Dekan FSG ke UiTM Cawangan Pulau Pinang. Sesi ramah mesra antara Dekan bersama staf JSG diadakan bagi membincangkan isu-isu merangkumi aspek akademik, kebajikan staf, dan hala tuju JSG. Kunjungan ini diharap dapat merapatkan lagi jalinan antara fakulti kampus cawangan dan kampus induk serta menyuntik semangat kepada para pensyarah untuk lebih bekerja keras bagi mencapai kejayaan pada masa-masa akan datang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 100139.pdf]
Text
100139.pdf
Download (13MB)
Indexing & Metrics