Istiadat Konvokesyen Ke-60 : 19 - 29 Ogos dan 26 September 2004 : Dewan Sri Budiman, UiTM

UiTM, Jabatan Komunikasi Korporat (2004) Istiadat Konvokesyen Ke-60 : 19 - 29 Ogos dan 26 September 2004 : Dewan Sri Budiman, UiTM. Jabatan Komunikasi Korporat, Shah Alam.

Abstract

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah keizinanNya,Universiti Teknologi MARA (UiTM) berpeluang untuk terus mengadakan Istiadat Konvokesyen kali yang ke 60 bermula dari 19 Ogos hingga 29 Ogos dan 26 September 2004. Istiadat Konvokesyen universiti ini bakal menyaksikan seramai 14,407 para graduan yang akan dianugerahkan ijazah masing-masing melalui 17 sidang. Istiadat konvokesyen - bagi mana-mana universiti - bukanlah noktah kepada proses pencarian ilmu. Meskipun cara sambutan dan keraian istiadat konvokesyen dibuat secara gilang-gemilang, ianya tidak lebih daripada sekadar manifestasi kejayaan pelajar menyempurnakan satu daripada proses atau perjalanan panjang dalam pencarian ilmu. Memanglah dari suatu sudut, istiadat konvokesyen dianggap sebagai simbol penamat proses pembelajaran formal, namun dalam makna yang lebih mendalam, istiadat seperti ini sebenarnya mewakili perlambangan bermulanya episod baru dalam kehidupan para pelajar. Ini melibatkan antara lainnya, permulaan detik-detik kritikal dalam membuat keputusan mengenai ke mana hala mereka (para pelajar) selepas pembelajaran formal itu nanti. Bagi pihak UiTM, saya berdoa semoga semua bakal graduan pada Istiadat Konvokesyen kali ini melalui liku-liku kehidupan mereka dengan jayanya yang sememangnya akan berbeza sama sekali selepas ini. Saya juga berdoa semoga mereka sentiasa mempunyai rasa bangga tatkala memperagakan kekuatan semangat serta falsafah hidup mereka yang mencerminkan keunggulan UiTM. Di samping berasa megah sebagai graduan lulusan universiti ini, kepada ibubapa, keluarga serta para graduan sendiri, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan mereka yang dilambangkan menerusi istiadat gilang-gemilang seperti ini. Atas kesabaran, keazaman, ketabahan serta kesyukuran yang ditunjukkan oleh semua pihak selama ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih saya secara peribadi.

Metadata

Item Type: Book
Creators:
CreatorsID Num. / Email
UiTM, Jabatan Komunikasi KorporatUNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Number: 60
Item ID: 8039
Uncontrolled Keywords: Istiadat Konvokesyen Ke-60, UiTM
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/8039

Download

[img] Text
BUKU KONVO KE-60.pdf

Download (62MB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year