Istiadat Konvokesyen Ke-54 : Oktober 2001 : Dewan Sri Budiman, UiTM

UiTM, Jabatan Komunikasi Korporat (2001) Istiadat Konvokesyen Ke-54 : Oktober 2001 : Dewan Sri Budiman, UiTM. Jabatan Komunikasi Korporat, Shah Alam.

Abstract

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kurnia-Nya, kita berkesempatan untuk bersama-sama dalam majlis tradisi Istiadat Konvokesyen Kelima Puluh Empat yang amat bermakna dan bersejarah dengan penganugerahan ijazah dan diploma kepada para graduan. Universiti ialah tempat untuk mencambah ilmu. la dibangunkan hasil daripada keperluan, tuntutan dan kenyataan sosial, politik, dan ekonomi sesuatu bangsa. Demikianlah, apabila UiTM digerakkan seawal tahun 1957 - ketika itu sebagai Dewan Latihan RIDA - 'universiti kecil' bangsa Melayu mula menjengah ke luar lingkungan dunia sempit pada masa itu untuk memperlihat asasnya kepada usaha mengangkat martabat Bangsa Melayu dan Bumiputera lain. Istiadat konvokesyen ini adalah menifestasi kejayaan dan kegemilangan tradisi keilmuan yang kita dokong selama ini. Graduan yang diraikan pada Istiadat Konvokesyen kali ini - seramai 9,044 orang semuanya - merupakan hasil daripada sistem dan proses pendidikan tinggi yang disokong dengan wawasan yang jelas, niat yang tulus ikhlas, serta doa, tawakkal dan sabar. Konvokesyen bukanlah majlis yang mengakhiri tanggungjawab insan untuk belajar. la hanyalah sekadar satu majlis ritual yang diadakan untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjaya menyempurnakan satu peringkat pengajian tertentu. Apa yang lebih penting adalah usaha dan iltizam para graduan agar berupaya memanfaatkan maklumat dan pengetahuan yang mereka peroleh di UiTM untuk diterjemah menjadi ilmu yang membawa kesejahteraan kepada bangsa, agama dan negara. Atas semangat seperti itulah maka UiTM tidak pernah lupa untuk menghargai jasa-jasa insan yang berjaya bukan sahaja di bidang akademik, malah turut mengambil kira peranan dan sumbangan mereka dalam soal-soal yang lain. Pada Istiadat kali ini, UiTM berbesar hati untuk menghargai sumbangan dan jasa yang telah ditaburkan oleh bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Datuk Abdullah Ayub dengan menganugerahi beliau Ijazah Kehormat Doktor Persuratan. Penganugerahan ini adalah pengiktirafan tertinggi yang diberikan oleh UiTM kepada tokoh-tokoh tertentu di negara ini. Syabas diucapkan kepada semua graduan, ibubapa, tenaga pengajar dan pentadbiran atas usaha, sumbangan, dan pengorbanan yang dicurahkan demi untuk memartabatkan agama, bangsa, dan negara tercinta.

Metadata

Item Type: Book
Creators:
CreatorsID Num. / Email
UiTM, Jabatan Komunikasi KorporatUNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Item ID: 8036
Uncontrolled Keywords: Istiadat Konvokesyen Ke-54, UiTM
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/8036

Download

[img] Text
BUKU KONVO KE-54.pdf

Download (27MB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year