Istiadat Konvokesyen Ke-53 : Dewan Sri Budiman, UiTM

UITM, Jabatan Komunikasi Korporat (2001) Istiadat Konvokesyen Ke-53 : Dewan Sri Budiman, UiTM. Jabatan Komunikasi Korporat, Shah Alam.

Abstract

Saya ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T. kerana dapat bersama-sama dalam saat-saat yang amat bersejarah dengan penganugerahan ijazah dan diploma kepada para graduan sekalian. Rasa kesyukuran ini seharusnya dirasai bersama-sama oleh para graduan dan ibubapa kerana majlis yang bersejarah ini merupakan antara proses pembangunan diri setiap pelajar universiti. Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan ke atas keunggulan universiti ini sebagai sebuah gedung pendidikan tinggi terkemuka di negara ini. Sudah semestinya pengiktirafan ini dapat memperkukuhkan lagi keyakinan masyarakat terhadap universiti ini. Pada 31 Mac 2001 dalam Istiadat Konvokesyen Komemoratif yang lalu , Universiti Teknologi MARA telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pentadbiran Awam ke bawah D.Y.M.M. Tengku Idris Shah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Pemangku Raja Selangor yang juga Pro-Canselor UiTM. Sesungguhnya penganugerahan ini merupakan pengiktirafan yang begitu tinggi terhadap sumbangan, penglibatan, kecemerlangan serta wawasan D.Y.M.M. Tengku Idris Shah di dalam pengurusan dan pentadbiran negeri serta kesejahteraan rakyat. Saya juga mengambil kesempatan memaklumkan bahawa UiTM menekankan konsep "Mesra Pelajar" menerusi kempennya "Sentiasa Mesra UiTM" sebagai salah satu kaedah bagi kita mendekatkan diri kepada konsep dan falsafah pembentukan imej universiti sebagai wadah kecemerlangan universiti profesional abad ke-21. Usaha ini akan dapat meninggikan lagi martabat kita sebagai insan yang ihsan, justeru menghasilkan sebuah institusi pengajian tinggi yang tiada tolok bandingnya di dalam mahupun di luar negara.Dengan pengamalan konsep ini juga, UiTM pada hari mampu melahirkan graduan yang sentiasa mesra dan amalan ini akan menjadi persediaan awal apabila mereka memasuki alam pekerjaan kelak. Oleh itu, semua graduan disarankan agar dapat mengekalkan amalan ini agar ianya menjadi tradisi dan budaya hidup sehari-harian kita kelak. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua graduan, ibubapa, tenaga pengajar dan pentadbiran di atas usaha, sumbangan dan pengorbanan yang telah dicurahkan demi untuk memartabakan agama, bangsa dan negara

Metadata

Item Type: Book
Creators:
CreatorsID Num. / Email
UITM, Jabatan Komunikasi KorporatUNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Number: 53
Item ID: 8035
Uncontrolled Keywords: Istiadat Konvokesyen ke 53, UiTM
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/8035

Download

[img] Text
BUKU KONVO KE-53.pdf

Download (22MB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year