Abstract
Perniagaan merupakan salah satu pekerjaan utama di negara
ini. Perniagaan jugalah yang menentukan perkembangan ekonomi
sesebuah negara. Dalam menyediakan satu kawasan perniagaan
yang berdaya maju dan ekonomik, pelbagai faktor dan kriteria
perlu diberi perhatian. Antaranya seperti lokasi kawasan
perniagaan, gunatanah sedia ada, kawasan perniagaan sedia
ada dan seumpamanya. Dalam kajian yang dilakukan di Taman
Seri Serdang ini, aspek-aspek seperti yang telah dijelaskan
tadi diambilkira. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui keberkesanan aspek perancangan yang dilakukan bagi menempatkan kawasan perniagaan terutama dalam kawasan perumahan. Di dapati sekarang ini, pusat perniagaan kawasan perumahan kurang memberi kesan dalam menyediakan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan penduduk di sesuatu kawasan perumahan. Aktiviti perniagaan yang dijalankan di kawasan perumahan kurang mendapat sambutan dari penduduk setempat.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Puasa, Rosli UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Date: | 1992 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/529 |
Download
PPd_ROSLI PUASA AP 92_5 P01.pdf
Download (100kB) | Preview