Abstract
Pengeluaran hasil buah mangga oleh peserta projek tanaman Mangga Melaka Delight (MA 224) di Melaka masih kurang memuaskan. Faktor penyebab mungkin daripada kaedah penjagaan pokok mangga bermula daripada proses pengeluaran pucuk hingga buah boleh dipetik. Justeru, suatu kajian yang menggunakan kaedah yang diguna pakai dan difahami oleh seorang peserta projek dijalankan. Kaedah tersebut mengambil kira cadangan pihak berwajib termasuk faktor penggunaan racun serangga dan kulat. Dapatan kajian adalah kaedah yang diamalkan peserta masih kurang cekap. Hasilan didapati hanya 35.55% iaitu dibawah tahap sebenar kuantiti hasil setiap pokok mangga berumur lebih lima tahun. Selain itu, serangan makluk perosak seperti serangga dan kulat masih ditemui. Masalah kecurian oleh manusia dan monyet menjadi penyumbang kepada hasil yang rendah. Namun, tahap kandungan gula masih dalam julat manis dengan nilai Total Solid Sugar (TSS) di antara 18-23.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Manaf, Ainun Jariah UNSPECIFIED Jaafar, Mohd Zuli UNSPECIFIED Mohd Khalid, Abd. Khalil UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Agriculture > Agricultural economics S Agriculture > S Agriculture (General) > Farmers S Agriculture > SB Plant culture > Fruit and fruit culture |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC) > Institute of Research, Development and Commercialization (IRDC) |
Keywords: | Mangga Melaka Delight (MA 224), Kaedah pengurusan, Petani, Melaka |
Date: | 2006 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/49025 |
Download
49025.pdf
Download (128kB)