Abstract
Pada zaman teknologi serba canggih ini kita dapat menyaksikan pelbagai jenis peranti dicipta bagi memudahkan aktiviti seharian .Oleh itu.kami mencipta sebuah produk yang dipanggil "Critical Patient Signal” (CPS). Tujuan utama projek CPS ini dicipta adalah bertujuan bagi memudahkann seseorang menjaga pesakit sambil melakukan kerja-kerja lain dalam masa yang sama.Selain daripada itu, individu tersebut dapat menjimatkan masa untuk melakukan kerja lain ketika menjaga pesakit tersebut.Tambahan lagi,CPS akan memudahkan mereka yang kurang upaya untuk meminta pertolongan daripada seseorang tanpa menggunakan tenaga yang banyak.CPS mempunyai dua istilah penting iaitu pemancar dan penerima seperti "walkie-talkie" bagi menghubungkan antara satu sama lain tanpa wayar.Fungsi pemancar adalah untuk menghantar isyarat kepada penerima apabila sensor dapat mengesan mana-mana suara atau bunyi.Antara ciri-ciri pemancar ialah mempunyai butang "ON/OFF" dan mempunyai tahap sensitivity terhadap bunyi.Fungsi penerima pula adalah untuk menerima isyarat dari pemancar dengan menghasilkan bunyi yang telah ditetapkan sebaik sahaja pemancar mengesan mana-mana bunyi. Penerima akan menghasilkan bunyi selama 5 saat.Antara ciri-ciri penerima ialah mempunyai butang "ON/OFF" dan mempunyai tahap lantang pembesar suara. Sasaran pengguna ialah pesakit kritikal yang memerlukan bantuan dengan segera tanpa memanggil-manggil menggunakan suara yang kuat. Pesakit hanya perlu menggoncangkan ataupun mengeluarkan suara yang kecil pada pemancar dan isyarat akan dihantar dan diterima terus kepada penerima(penjaga pesakit). Dengan inovasi produk baharu in para pengguna tidak perlu risau untuk meninggalkan pesakit agar dapat melakukan kerja-kerja lain kerana dengan adanya alat CPS ini ianya yang mudah dibawa dan para pengguna dapat menerima isyarat secara terus daripada pesakit sekiranya mereka tidak berada disisi pesakit.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hazirwan, Muhammad UNSPECIFIED Wan Azimi, Wan Mohamad Alif UNSPECIFIED Asi, Anas Syazwan UNSPECIFIED Mohd Presley, Mohammad Asyreff UNSPECIFIED Muhamad, Amirul Aiman UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Patron Mahat, Sabariah UNSPECIFIED Advisor Othman, Rani Diana UNSPECIFIED Advisor Harun, Norazman UNSPECIFIED Advisor Ismail, Shafinar UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka |
Keywords: | Critical Patient Signal; Pesakit kritikal; Inovasi produk |
Date: | 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/47864 |