Masalah pembelajaran pelajar-pelajar Institut Teknologi Mara Cawangan Sarawak / Hamidah Abdul Ninggal

Abdul Ninggal, Hamidah (1989) Masalah pembelajaran pelajar-pelajar Institut Teknologi Mara Cawangan Sarawak / Hamidah Abdul Ninggal. Jurnal Akademik, 1 (1). pp. 31-42. ISSN 0128-263

Abstract

Pada umumnya, setiap manusia dilahirkan dengan dua potensi utama iaitu potensi ke arah perkembangan yang positif dan potensi ke arah perkembangan yang negatif. Walau bagaimanapun semua manusia mempunyai potensi perkembangan ke arah positif, tetapi darjah keupayaannya mencapai potensi ini berbeza iaitu ada yang cepat dan ada yang lambat. Begitu juga halnya dengan masalah pembelajaran. Setiap pelajar sudah pasti menghadapi masalah pembelajaran, tetapi perbezaannya ialah lebih kepada tindakan mereka terhadap masalah itu. Mereka lazimnya lebih biasa dengan kawalan luaran di mana ibubapa atau guru-guru sekolah menentukan cara dan masa mereka belajar. Sementara di peringkat pengajian tinggi mereka dikehendaki menentukan segalagalanya dengan sendiri. Masalah-masalah seperti perancangan, teknik dan motivasi pembelajaran adalah di antara masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi, di samping masalah peribadi. Justeru itu, mereka perlu diberi panduan, tunjukajar dan pendedahan tentang strategi dan kaedah belarjar yang berkesan. Tujuannya ialah untuk cuba membantu pelajar-pelajar menyesuaikan diri dengan sistem akademik yang baru

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Ninggal, Hamidah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sarawak
Journal or Publication Title: Jurnal Akademik
UiTM Journal Collections: Others > Jurnal Akademik UiTM Sarawak
ISSN: 0128-263
Volume: 1
Number: 1
Page Range: pp. 31-42
Keywords: Institut Teknologi Mara Cawangan Sarawak , Masalah pembelajaran
Date: September 1989
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/44766
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 44766.pdf] Text
44766.pdf

Download (724kB)

ID Number

44766

Indexing

Statistic

Statistic details