Potensi penggunaan dinar emas sebagai medium wakaf tunai: satu dapatan pakar / Che Khadijah Hamid … [et al.]

Hamid, Che Khadijah and Mat Hassam, Surita Hartini and Fazial, Farahdina and Yahya, Salimah and Abdullah, Sakinatul Raadiyah (2020) Potensi penggunaan dinar emas sebagai medium wakaf tunai: satu dapatan pakar / Che Khadijah Hamid … [et al.]. Journal of Contempory Islamic Studies, 6 (2). ISSN ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902

Official URL: https://jcis.uitm.edu.my

Abstract

Pada hakikatnya, sifat wang fiat yang diguna pakai pada hari ini tiada nilai hakiki dan menjadi suatu barangan komuniti. Sifat wang fiat sering dispekulasi, boleh dijual beli serta sewenang-wenangnya diturun naikkan nilai. Kelemahan yang nyata apabila nilainya tidak lagi disandarkan kepada instrumen emas yang lebih stabil. Persoalan adakah masih wajar menjadikan wang fiat yang hanya bersifat “dayn” sebagai urusan keagamaan seperti ibadat wakaf tunai. Justeru bagi merungkai persoalan ini, artikel ini cuba mencadangkan agar penggunaan dinar emas sebagai medium wakaf tunai diketengahkan. Objektif utama artikel ini adalah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penggunaan dinar emas sebagai medium berwakaf. Kedua, untuk menganalisis ukuran potensi ke atas dinar emas sebagai medium wakaf tunai samaada dapat diperhalusi sejauhmana keperluannya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Data-data diperolehi hasil temubual pakar yang dipilih. Kemudian, data dianalisis menggunakan analisis kandungan. Hasil kajian ini mendapati dari segi kekuatan terdapat 14 item yang diketengahkan mengenai kelebihan dinar emas sebagai medium berwakaf. Begitu juga, item yang diketengahkan berkenaan dengan kelemahan mempunyai kuantiti yang sama iaitu 14 item. Bagi tujuan potensi rata-rata pakar menyokong dinar emas berdasarkan sifat yang terdapat pada logam tersebut.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hamid, Che Khadijah
chekhadijah@uitm.edu.my
Mat Hassam, Surita Hartini
UNSPECIFIED
Fazial, Farahdina
UNSPECIFIED
Yahya, Salimah
UNSPECIFIED
Abdullah, Sakinatul Raadiyah
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HJ Public Finance > Finance, Islamic
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contempory Islamic Studies
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
ISSN: ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902
Volume: 6
Number: 2
Keywords: Potensi, Dinar emas, Medium wakaf tunai, Kelebihan, Kelemahan
Date: 2020
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42976
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 42976.pdf] Text
42976.pdf

Download (670kB)

ID Number

42976

Indexing

Statistic

Statistic details