Abstract
Konsep 1Malaysia yg diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak telah membawa satu perubahan yang besar buat seluruh rakyat Malaysia. Konsep ini bermatlamatkan perpaduan sesama kaum di Malaysia. la bukan sahaja melibatkan penyatuan semua kaum ma/ah ia turut melibatkan seluruh sistem pentadbiran. Bertemakan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", konsep
1Malaysia ini tidak langsung mengabaikan apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia dan masih lagi berpegang pada Prinsip-prinsip Rukun Negara. Melalui konsep ini, rakyat Malaysia perlu menganggap diri mereka sebagai satu bangsa, iaitu bangsa Malaysia. Bagi sebilangan penganilisis politlk, kebanyakakan berpendapat konsep 1Malaysia yang di bawa oleh Perdana Menteri ini berbeza dengan gagasan 'Malaysian Malaysia'. Persoalannya, sejauh manakah rakyat dapat menerima kansep atau idea baru ini? Penerimaan daripada semua kaum bermakna idea 1Malaysia ini telah dapat memenuhi keperluan serta kehendak rakyat daripada pelbagai kaum di Malaysia. Penerimaan daripada semua aspek perlu bagi memastikan semua kaum mendapat perkhidmatan serta kemudahan yang sama rata. Kesamarataan ini amat penting bagi menyatupadukan semua kaum kembali. Walaupun ia berbau politik daripada sesetengah pihak, namun matlamat utama pengenalan idea 1Malaysia ini amat bermakna buat seluruh rakyat di Malaysia yang rata-ratanya terdiri daripada pelbagai kaum.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Md Khalid, Nor Suhaiza UNSPECIFIED Mohd Zain, Zarina UNSPECIFIED Abd Rahman, Farah Adilla UNSPECIFIED |
Subjects: | J Political Science > JC Political theory. The state. Theories of the state > Nationalism. Nation state J Political Science > JS Local government. Municipal government > Local government |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus |
Keywords: | Konsep 1M; Perpaduan; Kesamarataan |
Date: | 2011 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42659 |
Download
42659.pdf
Download (3MB)