Abstract
Perlaksanaan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan Bangunan) 2007 (Akta 663) telah mula dilaksanakan pada 12 April 2007, tujuan penggubalan akta ini adalah untuk menyelesaikan masalah
pengurusan bangunan bertingkat yang kian meruncing di negara ini. Melalui akta ini setiap pemaju dikehendaki
untuk menubuhkan Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) bagi setiap pembangunan
bertingkat sebagaimana yang tertakluk di bawah Akta Hakmilik Strata. Kementerian Perumahan Kerajaan
Tempatan melalui kerajaan negeri telah melantik Pesuruhjaya Bangunan atau Commisioner Of Building (COB) di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pesuruhjaya bangunan adalah sebuah badan yang diberikuasa untuk memastikan agar semua pihak melaksanakan peranan dan tanggungjawab bermula dari peringkat awal iaitu kelulusan CFO atau CCC, notis panggilan serta mesyuarat agung pertama, lantikan JMC seterusnya penubuhan JMB. Pemantauan akan berterusan sehingga JMC dibubarkan setelah penduduk memperolehi hakmilik strata dan boleh menubuhkan Perbadanan Pengurusan [Management Corporation (MC)]. Objektif kajian ini adalah untuk melihat kesesuaian pihak berkuasa tempatan sebagai pesuruhjaya bangunan. Turut dilihat adalah kekuatan dan kelemahan yang ada di jabatan berkenaan bagi membolehkan ia melaksanakan peranan sebagai pesuruhjaya bangunan secara efektif.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Rahman, Nor Azalina Yusnita noraz335@perak.uitm.edu.my Jasiman, Mohd Salim mohds202@perak.uitm.edu.my Ali, Nurulhuda nurul979@perak.uitm.edu.my |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Systems of building construction. Industrialized building T Technology > TH Building construction > Management of the construction site. Superintendence of building construction T Technology > TH Building construction > Building inspection |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus |
Event Title: | 1st International Conference on Innovation and Technology for Sustainable Built Environment 2012 (ICITSBE 2012) |
Event Dates: | 16-17 April 2012 |
Page Range: | pp. 79-90 |
Keywords: | Pihak Berkuasa Tempatan, Pesuruhjaya Bangunan, pemaju, penduduk danAkta 663. |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/41771 |