Asas sumber-sumber zakat di Malaysia: satu penerokaan / Arifin Md. Salleh ... [et al.]

Md. Salleh, Arifin and Ma’in, Masturah and Said, Abdullah and Mohd Noor, Abdul Halim (2006) Asas sumber-sumber zakat di Malaysia: satu penerokaan / Arifin Md. Salleh ... [et al.]. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Kajian ini merupakan satu usaha awal meneroka sumber-sumber zakat yang ada di Malaysia. Motivasi menjalankan kajian ini adalah dalam usaha memahami akan keperluan pemeluasan zakat memandangkan zakat merupakan tunggak ekonomi umat Islam. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan, seminar, tinjauan dan menemuduga mereka yang pakar dan berautoriti dalam bidang zakat. Responden terdiri daripada tujuh Jabatan Mufti, lima ahli akademik dan Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Wilayh Persekutuan. Data yang diperolehi telah menjawab objektif kajian. Pertama, mengenalpasti sumber-sumber zakat yang sedia ada di Malaysia iaitu sumber zakat tradisi dan penambahan sumber zakat yang baru seperti zakat KWSP, saham dan pendapatan. Kedua, kesemua negeri melaksanakan fatwa zakat pendapatan pada tahun 1997 kecuali Negeri Perak. Ketiga, majoriti responden berpendapat syarikat PETRONAS wajib mengeluarkan zakat berdasarkan objektif penubuhannya adalah untuk mendapat keuntungan. Keempat, responden juga bersetuju memperluaskan pentafsiran harta yang dikenakan zakat sehingga merangkumi semua jenis harta yang memenuhi syarat-syarat umum. Hasil kajian ini dapat memberikan indicator kepada pihak yang berautoriti agar pro aktif dan menjalankan kajian yang berterusan atas sumber-sumber zakat baru di Malaysia.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md. Salleh, Arifin
UNSPECIFIED
Ma’in, Masturah
UNSPECIFIED
Said, Abdullah
UNSPECIFIED
Mohd Noor, Abdul Halim
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat)
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat) > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus
Keywords: Zakat; Malaysia; Ekonomi Islam
Date: 2006
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/41751
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 41751.pdf] Text
41751.pdf

Download (2MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

41751

Indexing

Statistic

Statistic details