Abstract
Enercy Light Enterprise merupakan sebuah rancangan perniagaan yang menumpukan terhadap penjualan barangan dan penyediaan perkhidmatan pemasangan barangan yang dinamakan EZE E + Freedom. Alat yang diimport dari India ini, dipasang pada lampu pendaflor atau lebih dikenali sebagai lampu kalimantang, mampu memberikan pelbagai kelebihan.
Kami memilih rancangan perniagaan seumpama ini berdasarkan beberapa tujuan utama iaitu:
1. Untuk mewujudkan golongan usahawan yang berani menceburi bidang perniagaan berbentuk pengimportan barang dari negara luar.
2. Melahirkan usahawan yang berani memperkenalkan barangan baru di dalam pasaran negara.
3. Melahirkan usahawan-usahawan yang bukan sahaja mengutamakan keuntungan yang bakal diperolehi tetapi juga mengutamaka keuntungan atau faedah yang diperolehi oleh para pelanggan daripada penggunaan barangan.
Kami memilih Institut Teknologi MARA Melaka sebagai contoh pelanggan pertama di dalam rancangan perniagaan ini sebagai saranan bagi mengurangkan pembayaran tahunan bil elektrikyang tinggi melalui penggunaan alat EZE E + Freedom ini. Dengan itu, peruntukan yang diberikan dapat digunakan dengan sebaik mungkin dan dapat disalurkan kepada aspek-aspek yang lain. Secara tidak langsung kami cuba melahirkan individu-individu atau bakal-bakal usahawan yang peka terhadap masalah sekeliling apabila ingin menubuhkan sesuatu perniagaan. Bagi memastikan perniagaan yang dicadangkan ini mendapat tempat dalam pasaran, kami menekankan aspek-aspek kualiti, kecekapan, keberkesanan dan kepuasan pelanggan.
Metadata
Item Type: | Entrepreneurship Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah @ Esa, Nor Azah 95970067 Mohamed Ali, Noriah 95282929 Md Zain, Emisalzani 95298130 Jelani, Khairatul Animah 95198183 Tg Abdullah, Tg Tijan Marjani 95974956 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Maideen, Abdul Hameed UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies |
Keywords: | Business plan; Business management; Entrepreneurship; Business development |
Date: | 1997 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/41482 |
Download
41482.pdf
Download (2MB)