Korelasi antara persekitaran pembelajaran matematik, sikap pelajar terhadap matematik, dan pencapaian pelajar dalam matematik : satu kajian kes / Salina Hamed, Peridah Bahari and Abdul Ghani Kanesan Abdullah

Hamed, Salina and Bahari, Peridah and Kanesan Abdullah, Abdul Ghani (2008) Korelasi antara persekitaran pembelajaran matematik, sikap pelajar terhadap matematik, dan pencapaian pelajar dalam matematik : satu kajian kes / Salina Hamed, Peridah Bahari and Abdul Ghani Kanesan Abdullah. Esteem Academic Journal, 4 (2). pp. 91-103. ISSN 1675-7939

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti korelasi antara persekitaran pembelajaran matematik, sikap pelajar terhadap matematik, dan pencapaian pelajar dalam matematik di 12 buah sekolah menengah di Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Kaedah soal selidik digunakan dalam proses pengumpulan data tentang persekitaran pembelajaran matematik dan sikap pelajar terhadap matematik, yang melibatkan sebanyak 1,301 orang pelajar Tingkatan Empat. Data daripada proses soal selidik dianalisis dengan menggunakan teknik analisis statistik deskriptif, ujian t, korelasi Pearson, analisis varians sehala (ANOVA-sehala), dan regresi berganda. Dapatan analisis korelasi Pearson mendapati bahawa wujudnya korelasi yang signifikan antara persekitaran pembelajaran matematik dengan sikap pelajar terhadap matematik. Analisis teknik regresi berganda menunjukkan bahawa terdapat tiga peramal persekitaran pembelajaran matematik yang signifikan bagi sikap pelajar terhadap matematik, iaitu penglibatan pelajar, organisasi kelas, dan orientasi tugasan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa wujud korelasi yang signifikan antara sikap pelajar terhadap matematik dengan pencapaian pelajar dalam matematik.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Hamed, SalinaUNSPECIFIED
Bahari, PeridahUNSPECIFIED
Kanesan Abdullah, Abdul GhaniUNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Secondary education. High school teaching > Malaysia > Pulau Pinang (Malaysia)
Q Science > QA Mathematics > Study and teaching > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang
Journal or Publication Title: Esteem Academic Journal
ISSN: 1675-7939
Volume: 4
Number: 2
Page Range: pp. 91-103
Item ID: 4031
Uncontrolled Keywords: Persekitaran pembelajaran matematik, Sikap pelajar terhadap matematik, Sokongan guru, Orientasi tugasan
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/4031

Download

[img] Text
AJ_SALINA HAMED ESTEEM 08.pdf

Download (550kB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year