Korelasi antara persekitaran pembelajaran matematik, sikap pelajar terhadap matematik, dan pencapaian pelajar dalam matematik : satu kajian kes / Salina Hamed, Peridah Bahari and Abdul Ghani Kanesan Abdullah

Hamed, Salina and Bahari, Peridah and Kanesan Abdullah, Abdul Ghani (2008) Korelasi antara persekitaran pembelajaran matematik, sikap pelajar terhadap matematik, dan pencapaian pelajar dalam matematik : satu kajian kes / Salina Hamed, Peridah Bahari and Abdul Ghani Kanesan Abdullah. Esteem Academic Journal, 4 (2). pp. 91-103. ISSN 1675-7939

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti korelasi antara persekitaran
pembelajaran matematik, sikap pelajar terhadap matematik, dan pencapaian
pelajar dalam matematik di 12 buah sekolah menengah di Daerah Seberang
Perai Selatan, Pulau Pinang. Kaedah soal selidik digunakan dalam proses
pengumpulan data tentang persekitaran pembelajaran matematik dan sikap
pelajar terhadap matematik, yang melibatkan sebanyak 1,301 orang pelajar
Tingkatan Empat. Data daripada proses soal selidik dianalisis dengan
menggunakan teknik analisis statistik deskriptif, ujian t, korelasi Pearson,
analisis varians sehala (ANOVA-sehala), dan regresi berganda. Dapatan
analisis korelasi Pearson mendapati bahawa wujudnya korelasi yang
signifikan antara persekitaran pembelajaran matematik dengan sikap pelajar
terhadap matematik. Analisis teknik regresi berganda menunjukkan bahawa
terdapat tiga peramal persekitaran pembelajaran matematik yang signifikan
bagi sikap pelajar terhadap matematik, iaitu penglibatan pelajar, organisasi
kelas, dan orientasi tugasan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa
wujud korelasi yang signifikan antara sikap pelajar terhadap matematik
dengan pencapaian pelajar dalam matematik.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hamed, Salina
UNSPECIFIED
Bahari, Peridah
UNSPECIFIED
Kanesan Abdullah, Abdul Ghani
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Secondary education. High school teaching > Malaysia > Pulau Pinang (Malaysia)
Q Science > QA Mathematics > Study and teaching > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang
Journal or Publication Title: Esteem Academic Journal
ISSN: 1675-7939
Volume: 4
Number: 2
Page Range: pp. 91-103
Keywords: Persekitaran pembelajaran matematik, Sikap pelajar terhadap matematik, Sokongan guru, Orientasi tugasan
Date: 2008
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/4031
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of AJ_SALINA HAMED ESTEEM 08.pdf] Text
AJ_SALINA HAMED ESTEEM 08.pdf

Download (550kB)

ID Number

4031

Indexing

Statistic

Statistic details