Kajian ke atas keberkesanan kursus CAD/CAM terhadap kecekapan jurutera pembuatan dan jurutera mekanikal bagi graduan-graduan universiti awam / Mohamad Irwan Yahaya, Rosley Jaafar and Noor Iswadi Ismail

Yahaya, Mohamad Irwan and Jaafar, Rosley and Ismail, Noor Iswadi (2008) Kajian ke atas keberkesanan kursus CAD/CAM terhadap kecekapan jurutera pembuatan dan jurutera mekanikal bagi graduan-graduan universiti awam / Mohamad Irwan Yahaya, Rosley Jaafar and Noor Iswadi Ismail. Esteem Academic Journal, 4 (2). pp. 75-89. ISSN 1675-7939

[img] Text
AJ_MOHAMAD IRWAN YAHAYA ESTEEM 08.pdf

Download (25MB)

Abstract

Penyelidikan ini telah dijalankan untuk mengkaji tentang keberkesanan kursus Sistem Rekabentuk dan Pembuatan Terbantu Komputer (CAD/CAM) terhadap kecekapan jurutera pembuatan dan jurutera mekanikal bagi graduan-graduan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Kemudahan teknologi CAD/CAM dapat membantu industri reka bentuk dan pengeluaran dalam menghasilkan produk dengan lebih cepat dan berkesan. Struktur kurikulum dan sukatan pelajaran bagi kursus CAD/CAM telah dirangka oleh universiti supaya wujud keseimbangan antara bidang teoretikal dan praktikal, serta relevan dengan kehendak industri. Penyelidikan ini telah dijalankan untuk mengkaji kaitan antara faktor demografi, pengalaman, dan pendidikan di universiti dengan keberkesanan kursus CAD/CAM terhadap kecekapan graduan yang bekerja dalam industri pembuatan. Penyelidikan ini terbahagi kepada empat bahagian, iaitu reka bentuk penyelidikan, pengumpulan data, analisis data, dan hipotesis dengan menggunakan perisian Analisis Data Berkomputer (Statistical Package for the Social Sciences [SPSS]). Terdapat hubungan yang signifikan antara item-item yang dikenal pasti dalam Bahagian B (pengalaman dan pendidikan berkaitan dengan CAD/CAM) dan Bahagian C (keberkesanan kursus CAD/CAM terhadap kecekapan bekerja dengan mengambil kira faktor latar belakang responden). Hasil penyelidikan ini diharap dapat dimanfaatkan oleh pihak yang berkenaan dalam proses meningkatkan keberkesanan sukatan kurikulum kursus CAD/CAM di IPTA supaya dapat memenuhi kehendak dan spesifikasi industri terutama dalam bidang kejuruteraan pembuatan.

Item Type: Article
Creators:
CreatorsEmail
Yahaya, Mohamad IrwanUNSPECIFIED
Jaafar, RosleyUNSPECIFIED
Ismail, Noor IswadiUNSPECIFIED
Subjects: T Technology > T Technology (General) > Communication of technical information
T Technology > T Technology (General) > Industrial engineering. Management engineering
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > Telecommunication > Computer networks. General works. Traffic monitoring
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang
Journal or Publication Title: Esteem Academic Journal
ISSN: 1675-7939
Volume: 4
Number: 2
Page Range: pp. 75-89
Item ID: 4030
Uncontrolled Keywords: CAD/CAM, kecekapan, keberkesanan, kurikulum, jurutera
Last Modified: 22 Feb 2017 09:25
Depositing User: Staf Pendigitalan 1
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/4030

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year