Abstract
Kecergasan mental dan fizikal merupakan aspek yang penting untuk mencapai cara hidup yang sihat. Selaras dengan arus kemodenan masa kini, setiap golongan masyarakat tidak harus memandang ringan dalam hal ini. Oleh itu, bersesuaian dengan matlamat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang sempurna dari segi rohani dan jasmani, maka kami telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan perniagaan yang berkonsepkan kecergasan.
Perniagaan kami menampilkan perkhdimatan gymnasium dan aerobik. Kami menyediakan khidmat instruktor dan mengendalikan kelas aerobik serta gimnasium setiap hari. Kemudahan untuk menyewa ruang aerobik juga disediakan bagi pelanggan-pelanggan kami. Dengan adanya perkhidmatan yang dijalankan ini, ia akan dapat mendorong kaum Bumiputera ke arah kemajuan serta sama-sama bersaing dalam apa jua bidang perniagaan demi meningkatkan taraf hidup.
Kami berkeyakinan bahawa perniagaan ini berpotensi untuk maju dan berkembang memandangkan masyarakat kini semakin prihatin terhadap pentingnya kesihatan dalam kehidupan mereka. Di samping itu, kepercayaaan dan keyakinan yang ditunjukkan oleh orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan ini membuktikan bahawa perniagaan yang dikendalikan oleh kaum Bumiputera mampu memberi perkhidmatan yang berkualiti setanding dengan perkhidmatan kecergasan yang lain.
Metadata
Item Type: | Entrepreneurship Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ishak, Amelia Sazrina 94934668 Mokmin, Nurul Azha 94559216 Hassim, Lili Hasliyah 94567216 Abas, Norazma 94512969 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Abdul Rahman, Saforah UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Accountancy |
Keywords: | Business plan; Business management; Entrepreneurship |
Date: | 1997 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38237 |
Download
38237.pdf
Download (735kB)