Persepsi masyarakat terhadap rawatan alternatif Islam: satu kajian kes di negeri Selangor D.E / Khadher Ahmad et al.

Ahmad, Khadher and Deraman, Fauzi and Md Ariffin, Mohd Farhan and Wan Kamaruzaman, Wan Noor Azila (2016) Persepsi masyarakat terhadap rawatan alternatif Islam: satu kajian kes di negeri Selangor D.E / Khadher Ahmad et al. Jurnal Intelek, 9 (2). pp. 26-36. ISSN 2682-9223

Abstract

Bermula akhir tahun 1960, para pemikir Islam mula memperkenalkan “Traditional Arabic and Islamic Medicine (TAIM)” sebagai alternatif utama bagi model “bio-medical” bawaan Barat. Dalam rawatan Islam, penyakit tidak ditafsirkan secara harfiah. Penyakit yang menghinggapi seseorang dilihat dari dimensi berbeza. Penyebab utama adalah kurang keprihatinan terhadap aspek spiritual sehinggakan elemen sebab dan akibat perlu diambil perhatian. Justeru, perubatan secara Islam mempromosikan fokus utama rawatan berasaskan “faith-healing” melalui solat dan bacaan al-Qur’an. Peningkatan populariti dan penggunaan rawatan alternatif Islam yang semakin meluas khususnya di Malaysia, jelas memberi signifikan kepada polisi kesihatan awam semasa. Perkembangannya diakui memberi impak kepada penurunan masalah kesihatan dalam komuniti. Walaubagaimanapun, sehingga kini ‘baseline data’ berkenaan rawatan alternatif Islam adalah sangat terhad dan menjadi keperluan mendesak untuk menyediakannya. Hal ini penting bagi memahami “pattern” Islamic medicine yang sedia wujud di Malaysia amnya. Melihatkan kepentingannya, artikel ini memfokuskan analisis terhadap persepsi masyarakat dari sudut pengetahuan tentang khidmat rawatan Islam yang ditawarkan, pengamalnya, khidmat rawatan disediakan dan masa depan pusat rawatan Islam. Para responden terdiri dari para pesakit yang mengunjungi pusat rawatan alternatif di sekitar negeri Selangor. Berdasarkan edaran borang soal selidik yang dilakukan, pengkaji mendapati persepsi masyarakat terhadap prospek berhubung rawatan alternatif Islam di negeri Selangor amat memberangsangkan. Hal ini menunjukkan kepekaan dan sokongan masyarakat terhadap keperluan pusat rawatan alternatif Islam. Meskipun begitu, masih terdapat beberapa sudut yang perlu dipertingkatkan untuk mewujudkan medium perubatan Islam yang lebih berwibawa. Antaranya berkait memperhalusi kebolehan perawat dalam merawat penyakit, penyeliaan kaedah rawatan pesakit, menambah skop rawatan yang disediakan di pusat rawatan dan meningkatkan kredibiliti pusat rawatan Islam untuk menjadi lebih dominan dan mampu menyaingi institusi perubatan sedia ada.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
CreatorsEmail / ID. Num
Ahmad, KhadherUNSPECIFIED
Deraman, FauziUNSPECIFIED
Md Ariffin, Mohd FarhanUNSPECIFIED
Wan Kamaruzaman, Wan Noor AzilaUNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
R Medicine > R Medicine (General) > Practice of medicine. Medical practice economics
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perlis > Arau Campus
Journal or Publication Title: Jurnal Intelek
Journal: UiTM Journal > Jurnal Intelek
ISSN: 2682-9223
Volume: 9
Number: 2
Page Range: pp. 26-36
Official URL: https://jurnalintelek.uitm.edu.my/index.php/main
Item ID: 35299
Uncontrolled Keywords: Persepsi, sambutan, perubatan Islam, pusat rawatan Islam, Selangor
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35299

Download

[img] Text
35299.pdf

Download (405kB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year