Abstract
Bermula akhir tahun 1960, para pemikir Islam mula memperkenalkan “Traditional Arabic and Islamic Medicine (TAIM)” sebagai alternatif utama bagi model “bio-medical” bawaan Barat. Dalam rawatan Islam, penyakit tidak ditafsirkan secara harfiah. Penyakit yang menghinggapi seseorang dilihat dari dimensi berbeza. Penyebab utama adalah kurang keprihatinan terhadap aspek spiritual sehinggakan elemen sebab dan akibat perlu diambil perhatian. Justeru, perubatan secara Islam mempromosikan fokus utama rawatan berasaskan “faith-healing” melalui solat dan bacaan al-Qur’an. Peningkatan populariti dan penggunaan rawatan alternatif Islam yang semakin meluas khususnya di Malaysia, jelas memberi signifikan kepada polisi kesihatan awam semasa. Perkembangannya diakui memberi impak kepada penurunan masalah kesihatan dalam komuniti. Walaubagaimanapun, sehingga kini ‘baseline data’ berkenaan rawatan alternatif Islam adalah sangat terhad dan menjadi keperluan mendesak untuk menyediakannya. Hal ini penting bagi memahami “pattern” Islamic medicine yang sedia wujud di Malaysia amnya. Melihatkan kepentingannya, artikel ini memfokuskan analisis terhadap persepsi masyarakat dari sudut pengetahuan tentang khidmat rawatan Islam yang ditawarkan, pengamalnya, khidmat rawatan disediakan dan masa depan pusat rawatan Islam. Para responden terdiri dari para pesakit yang mengunjungi pusat rawatan alternatif di sekitar negeri Selangor. Berdasarkan edaran borang soal selidik yang dilakukan, pengkaji mendapati persepsi masyarakat terhadap prospek berhubung rawatan alternatif Islam di negeri Selangor amat memberangsangkan. Hal ini menunjukkan kepekaan dan sokongan masyarakat terhadap keperluan pusat rawatan alternatif Islam. Meskipun begitu, masih terdapat beberapa sudut yang perlu dipertingkatkan untuk mewujudkan medium perubatan Islam yang lebih berwibawa. Antaranya berkait memperhalusi kebolehan perawat dalam merawat penyakit, penyeliaan kaedah rawatan pesakit, menambah skop rawatan yang disediakan di pusat rawatan dan meningkatkan kredibiliti pusat rawatan Islam untuk menjadi lebih dominan dan mampu menyaingi institusi perubatan sedia ada.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad, Khadher UNSPECIFIED Deraman, Fauzi UNSPECIFIED Md Ariffin, Mohd Farhan UNSPECIFIED Wan Kamaruzaman, Wan Noor Azila UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam R Medicine > R Medicine (General) > Practice of medicine. Medical practice economics |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perlis > Arau Campus |
Journal or Publication Title: | Jurnal Intelek |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Jurnal Intelek (JI) |
ISSN: | 2682-9223 |
Volume: | 9 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 26-36 |
Keywords: | Persepsi, sambutan, perubatan Islam, pusat rawatan Islam, Selangor |
Date: | December 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35299 |