Kajian mengenai sistem-sistem tempat berjalan kaki di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur / Johan Abdul

Abdul, Johan (1989) Kajian mengenai sistem-sistem tempat berjalan kaki di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur / Johan Abdul. Student Project. Faculty of Architecture, Planning and Surveying, UiTM Shah Alam. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
PPd_JOHAN ABDUL AP 83_5 P01.pdf

Download (93kB) | Preview

Abstract

Proses pembangunan bandaraya Kuala Lumpur merupakan tajuk utama yang selalu diperkatakan sejak akhir-akhir ini, terutamanya tentang sistem perancangsnnya yang tidak betul. Sistem perancangan yang dikatakan tidak betul itu timbuil dalam berbagaibagai masalah. Dibandar-bandar besar misalnya, pihak berkuasa sentiasa menghadapi masalah setinggan, perumahan, masalah kesesakan lalu lintas terus minjadi-jadi, kebersihan tidak terkawal dan bekalan keperluan aeas masih tidak mencukupi. Salah satu daripada masalah sosial yang paling ketara sekali yang dapat dilihat pada masa kini ialah mengenai sistem-sistem tempat berjalan kaki di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur dimana terlalu sedikit perhatian yang diberikan oleh pihak berkuasa dalam memperbaiki serta memperlengkapkan lagi tempat-tempat awam ini. Yang menjadi persoalan utama kepada kita, mengapakah masalah ini terus berlaku? Apakah pakar-pakar perancang bandar kita kurang cekap dalam aspek perancangan, atau sebenarnya perlaksanaan rancangan untuk mengatasinya gagal kerana ia tidak melibatkan setiap golongan yang berkaitan dengannya? Untuk menjawab sebahagian daripada soalan ini dan untuk meninjau jauh sedikit mengenai masalah - masalah yang berkaitan, rnaka satu tinjauan serta penganalisaan yang teliti akan dibuat didalam disertasi ini dimana perkara yang menjadi fokus utama adalah mengenai sistem - sistem tempat berjalan kaki disekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsEmail
Abdul, JohanUNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction
Divisions: Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Item ID: 351
Last Modified: 16 Oct 2018 03:21
Depositing User: Staf Pendigitalan 1
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/351

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year