Abstract
Organisasi Kerajaan Tempatan pula adalah merupakan badan yang memberikan
kemudahan, perkhidmatan, perancangan yang meliputi aspek perbandaran yang
menyeluruh. Aktivitinya adalah berbagai selaras dengan tugas-tugas yang
dipertanggungjawabkan. Peranannya bertambah mencabar dari masa kesemasa dan
berbagai usaha diperlukan untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan yang diberikan.
Keperluan untuk mempertingkatkan perkhidmatan sektor awam melalui teknologi
maklumat disedari sejak kebelakangan ini dan pentadbiran awam kian mendesak untuk
mematerialisasikan perubahan tersebut adalah melalui Sistem Pengurusan Maklumat
Bersepadu dimana ianya merupakan satu sistem yang dirangka secara menyeluruh untuk
membantu memudahkan lagi pentadbiran sesuatu organisasi. Sistem ini perlu direka
dan rekaannya bergantung kepada berbagai bentuk penggunaan samada pihak swasta
mahupun awam. Walaubagaimana pun, sistem maklumat bersepadu ini mempunyai
beberapa keperluan penting di dalam perlaksanaannya selain daripada komponen
komputer yang melibatkan perkakasan, kakitangan, tatacara, dan maklumat.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Saimon, Jamil UNSPECIFIED |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics > Instruments and machines > Electronic Computers. Computer Science Q Science > QA Mathematics > Instruments and machines > Electronic Computers. Computer Science > Database management |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Perkhidmatan sektor awam, teknologi maklumat, Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu |
Date: | 1994 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/348 |
Download
PP_JAMIL SAIMON AP 94_5 1.pdf
Download (82kB)